-->
skip to main | skip to sidebar
yumiera o.O

Tuesday, May 31, 2011

rugby player and subuh di Mcd

salam~
okey. Start from yesterday, aku ditinggalkan bersama 3 hero di rumah selama seminggu. Sebelum ni, pernah je kena tinggal dengan mama and ayah dengan mereka. Tapi, sara ada. Yang case ini pulak, Sara kena angkut sekali lah pulak. Kiranya, aku kena lah layan segala benda-benda boyish dengan mereka, or else, aku kena lah layan dri sendiri .Mana tak nya, masa mama n ayah kat rumah pon, diorang buat aku macam rugby player tau doook. Hangin betol aku! Ini lagi lah sekarang ni, mama n ayah takde kat rumah.Aku nih macam tempat untuk car crash dah rasanya. Asyik kena sodok jep. Mentang-mentang lah aku nih terlebih comel, sesuka hati diorang jep nak sodok aku kan. Kalau seorang ok lagi lah kan. Masalah nya, tiga-tiga hero tuu, rugby player!!! Mana tak hancuuuus nyer aku nih... Tapi, I'd really enjoy and having fun with them.
hmmmm... Nasib baik mereka tuu semua sudah besar2, so, aku takde hal lah pasal kat rumah ni. Pandai-pandai mereka manage laaah.


ini lah sara

okey!
Dingin hujan pagi-pagi nih, membuatkan aku teringat pulak masa semalam sebelum subuh kitorang gerak pergi LCCT dekat Sepang tuu, sebab nak hantar mama n ayah. Kitorang gerak dalam pukul 4.30 a.m. Disebabkan jalan yang kosong dan smooth tambah lagi LCCT takde lah jauh mana dengan Banting, kitorang sampai dalam masa setengah jam jep, which is pukul 5.00 a.m.Sanggup tau duduk menghimpit-himpit dalam kereta tuu. Pastu, dah sampai sana, gitu-gini, uruskan itu ini, dah subuh daah. Mama pulak check in dalam kol 7 gituu. SO, kitorang nak lah pegi sarap kaan masa subuh-subuh tuu. Kebetulan, kedai yang paling dekat, is Mc Donald, apa lagi saaapde lah kat situ kan.. Kebetulan taau. huk3. Kitorang bungkus jep sebab ramai sangat orang kat Mcd tuu..Jadilah...
Syok jugak kan sarap Mcd pepagi..Yelah, saya ni baru first time subuh-subuh melantak Mcd..ngehehe
Teringin lah pulak nak sarap kat Mcd lagii.wuhhuuu~~~


nih kat LCCT tau. Bukan dekat kontena mane ntah tau.


haa..kan kat LCCT tuu


excited tuu mama tuu!


nah!! amek ini coffee!



sedap owh coffee arabica nih!


okeyh! saje jep nak sharing maring laah..
booosyan

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 9:33 AM 1 cicak komeng

Saturday, May 28, 2011

Bila cuti sekolah dah start

Aku sekarang ni dah kurang sedih and bosan macam entry yang sebelum ni aku buat. Sebab , sebab, sebab..entah lah , rasa dah kembali ceria seperti dulu-dulu gituu. Tapi, yang paling best budak-budak sekolah lah suka kan. Sebab diorang dah start cuti sekolah!!!!
Aku sebagai penanam anggur paling berjaya dekat rumah ni. langsung tak berasa excited. Sebab dah takde cuti sekolah dalam kamus hidup aku. Sebab aku dah tak sekolah lagi. Daaah tak dapat nak merasa ke-excitedan nak balik rumaah, naik KTM, bawak beg berat-berat , dengan sesak-sesaknyer dalam train, tunggu mama ngan ayah amek.. Takde daaah.. Yang adooooo nyer, melangok kat rumah tunggu adek-adik-adik kesayangan aku balik dari sekolah jep.

okey.
Bila aku rewind balik sikit masa cuti sekolah tengah tahun macam sekarang ni tahun lepaas... Aku lah orang paling sedih. Sebabnya, masa tu, aku baruuuu je daftar masuk kolej. Pastuu, time-time tu jugaak lah family aku pergi bercuti sakaaaan taau. Selama diorang pergi bercuti tuu, aku langsung tak contact diorang..
*sebab jeles lah tuu
ngahahaah..bukannya apa, diorang tuu semua, pergi bukit merah, mandi-manda kat sana, pastu penang, pastu boleh lak singgah cameron highland! Mana boleh tak jeles aku weh! hmmm..nak buat macam manaa..dah nasib badaaaaaaaan~~ kira bukan rezeki aku lah nak ikot mereka smua tuu kan.

And! cuti kali ni pulak, aku tak berkeseorangan kat rumah walau ditinggal mama n ayah n sara. Sebab, abang, ayun, n ajin pon tak ikot jugaaak...yes!!!*jahat betol
Mereka tuu semua pergi MEDAN lah pulaaaak. Tapi, aku tak kisah pon, sebab abang ngan adek aku ada di rumaaah yo! And my eldest cousin from my mama's side, got married! Aku kenalah rewang you! tau tak rewang tuu ape..Rewang tuu maksudnyer, macam gotong-royong untuk kenduri kahwin laah *rewang tuu bahasa jawa!


yang kiri tu kimi n yang kanan tu ajin yang tengah2 tu makcik jual sayo
Bila cuti sekolah dah start, Ayah aku pulak nih, bila cuti sekolah dah start, baruuu semalam dia mau langgan MUSTIKA *yang kat ASTRO tuu.... Bila cuti sekolah dah start, mama sibuk noo cari barang lah uruskan itu ini sebab nak pergi bercuti lah katakaaaan.. Bila cuti sekolah dah start, budak matrik baruuu nak start masuk kelas you! Bila cuti sekolah dah start, budak DIPLOMA start sem baruuu..*kesian de lo! Bila cuti sekolah dah start, rumah kembali CERIA!!!!!!!


jom jalan-jalan naik vespa.

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 5:20 PM 0 cicak komeng

Tuesday, May 24, 2011

stress makes me ting tong!

Setiap hari aku tertanya-tanya, hari ini aku nak buat apa?
Hari-hari aku kat rumah macam roda yang pusing-pusing tuu. Setiap hari aku akan buat benda yang sama. Aku rasa dah sebulan dah bercucuk tanam buah anggur yang tak membuahkan hasil tuu. Ada hari-hari yang aku rasa aku cukup stress duduk kat rumah. Ini baru sebulan. Aku ada lagi tiga bulan lebih dekat rumah. Nak kerja, tengah ambil lesen pulak. Tapi, malas pulak rasanya nak kerja. Aku menjadi lebih stress bila nak fikirkan balik pasal pilihan universiti dengan kosnya sekali. Setiap kali aku nak isi UPU tuu, mesti aku akan fikir, aku layak ke? Boleh ke aku masuk uni tuu? Do I deserve this course? Macam tuu lah.

Aku semakin sensitive rasanya. Kata-kata yang keluar dari mulut ni pon, semakin kurang, apatah lagi cakap-cakap dalam telefon. Cuma lappy peneman aku dalam sepi. Dan, sekarang ni pon, aku agak alert dengan sesiapa je yang nak keluar pergi mana-mana jep. Means, aku mesti akan tanya , nak pergi mana???
Sebab rutin aku setiap hari akan samaaa jep. Rasanya, rabun aku pon dah naik sebab tv, lappy nih. aiiissshh..

Aku paling tak suka masa aku jadi macam ni. Aku tak suka tension-tension. Aku tak suka touching-touching. Sebab, nanti ada hujan turun tak semena-mena kang. Itu yang aku tak suka tuu. Memang betul duduk kat rumah ni lah yang aku tunggu-tunggu since skool lagi. Tapi, things that we want doesn't mean makes us happy.


saya rindu waktu belajar2 dulu-dulu



add-on!
goooood luck dip's students!


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 8:54 AM 2 cicak komeng

Friday, May 20, 2011

tidak sehebat mereka~

Alhamdulillah syukur. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku capai sekarang. Tipulah kalau aku cakap aku dah puas dengan keputusan exam yang aku dapat dua hari lepas. Aku cuma manusia biasa yang merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan. Betul x? ngehehehe..Saje nak muhasabah diri sikit hari ini.
Mungkin sebab selama ni aku tak berapa serius belajar menyebabkan result aku tak sehebat mereka tuuuuu~
Lebih-lebih lagi masa semester satu hari tuuu.. Result aku memang super teruk lah *bagi aku laaa..
Itu yang menyebabkan CGPA aku tertarik tuu. Nak buat macam mana..nasi dah jadi bubuuuuur~

Siapa tak jeles tengok kawan-kawan lain dapat rataaa weh. Tipuuu lah tu kan. Tapi, aku berkongsi gumbira sebab mereka kawan akuuu~ huhuhu Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk exam hari tu. Tapi, memangsubjek ekonomi aku hancuuuus berderai bagai debu yang terbang-terbang tuuuu~~ ngahahahaahah~~
*seperti yang aku jangkakan
Memang satu subjek tu je lah yang spoiled! Kalau tak..dah boleh daaah..aiisshh.. Aku tak menyalahkan lecturer yang mengajar aku tuu owh! Memang aku sendiri yang buat result aku macam gituuu~~
Memang tak dinafikan, masa aku jawab exam tuu, aku macam bengong2 jugak lah..Mana tak nya, apa yang aku concentrate giler2 tu lah yang tak keluar. hmmm.. nak wat macam mana owh.

And mathematics pulak, aku takdelah menjangkakan dapat A. Paling iyok pon, A- kew. Sebab aku rasa banyak gilaaa markah yang fly away~ owh. Masa tak cukuup. Aku rasa nak syorkan kat Bahagian Matrikulasi KPM, suruh tambahkan masa jawab Mathematics ditambahkan jadi 2 jam 30 minit kew.huhuu~
tapii..bila difikirkan balik, x mau laaah.. sebab bukan aku yang dapat advantage tu kan, junior-junior aku yang dapaaat~~ bhahahaahah *jeles lah tuu..
Tapi sebenarnya kan, aku memang tak sangka pon, result aku ok macam gini, sebabnya, banyak jep main-main masa study week tuuu..x caya tanya tuan ni punya blog leha
Banyak online, tengok movie, merayap-rayap kat kmj tuu tiap-tiap petang..tuu je lah yg aku buaat tau..
ngehehhehehe...nak show result aku, malulah pulak..xpe lah..lain kali lah..


btw, congrates kepada mereka semua nih
eh..ade aku pulaaak~~
kepada 4 faltters pulak ~~~ millions congratulation kepada kamuuu~




moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 11:22 AM 2 cicak komeng

Tuesday, May 17, 2011

debaran yang kencang!


Khas untuk pelajar-pelajar Matrikulasi program satu tahun sesi 2010/2011~
Esok iaitu pada tarikh 18 Mei 2011, keputusan PSPM 2 akan dikeluarkan.
Semua pelajar boleh menyemak keputusan bermula pukul 10 a.m *1st time, dak2 kmj dpt rsult pg weh!
Kamu boleh menyemak melalui pelbagai cara seperti :

  • melayari laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia 
  • menggunakan sistem pesanan ringkas dengan menaip MAK no.ic hantar ke 15888
  • menghubungi kolej matrikulasi masng-masing ye.
  • atau, tunggu result sampai kat rumah *lambat sikit lah
tambah sikit~

Aku cuak gileer nak menunggu pukul sepuluh esok weyh!
Dahlah, result pspm 1 sangat lah x membanggakan. Risau sungguh aku. Terutamanya subject math and eko.
Bukannya yang lain tak risau, or confident, tapi, sebenarnya, ituu lagi risau. Yelah, kalau kita target bagus, sekali tak dapat apa yang kita nak, lagi hampeh kan. So, jangan over confident sangat. Bahayaaaa. So, kita kena relax and chill ek. *padahal dalam hati dah berdegup kencang nih!
Aku harap sangat result kali ni, lebih baik dan tidak mengecewakan. Insyaallah~
Aaaaaamiin~
btw, GOOD LUCK YE KAWAN-KAWAN

p/s: Doakan semoga saya dapat result yang bagus ye.Insyaallah~

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 8:36 PM 0 cicak komeng

penganggur sambut hari guru jugak laaah!

salam~

semua semestinya, sudah sedia maklum bahawasanya aku adalah penganggur terhormat abad ini kan!
hahahahahaha~
Hari ni, kiranya, aku dikategorikan menyambut hari guru jugak lah. Sebab aku pergi sekolah tadi *walaupun, dah bertahun habis sekolah
Tadi, aku sampai sekolah lambat jugak lah dalam pukul 11.30 lebih macam gituuu. Ingatkan ,kat sekolah tuu buat sambutan hari guru, kat luar dewaaaan. Ghopenyer, buat dalam dewan! sampai habis waktu sekolah agaknya. *berasap bont** budak2 tu agaknya.
Memang banyak jugak lah persembahan yang diorang buat. Tapi, tak sehebat macam duluuu lah. Masa batch aku *08/09. Aku rasa, masa aku punye batch tuuu, lagi gempak lah. Cheh! puji diri sendiri nampak.
Tapi, yang part tak syyiok nyer is , aku tak dapat jumpa cikgu -cikgu aku owh!
Sebabnya, diorang kat dalam dewan tuh, lama saangaaat. Tu yang tak dapat jumpa tu.sobsob~
but, whatever it is, aku sangat happy jumpa dengan mereka nih.

haaa..lagi satu. Tadi, masa kitorang dah nak bla dari skolah tadi, tiba-tiba, kawan aku cakap,

"weh, tu syaraf ngah wat persembahan tu kat dewan,"

Aku pon, macam "huh?"

Apalagi, kitorang yang tak menyempat nih, sibok lah nak tengo die nyanyi. Yelah, dah lama dah tak dengar dia nyanyi koooot. Dulu, kat sekolah , boleh lah. Kalau ada function, memang muka dia aje lah yang kat pentas tuuuuuu.
Dia nyanyi sedap gileeeer kot. Tu yang nak tengok tuu.


tambah lagi sikit.
rindu sekolah lah tuuuuu~


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 1:25 AM 0 cicak komeng

Monday, May 16, 2011

korea masak aishiteru

salam~

Aku sebenarnya banyak sangat enda yang nak ditulis nih. Tapi, tak tau macam mana nak start. Title entry nih pon, aku hold kan dulu. Sebabnya, aku tak tau nak letak apa. hehehe~
Okay, first!
Apa agaknya reaksi korang , kalau korang ni sememangnya fanatic gileeeer dengan k-pop or korean drama, then, korang dapat pergi sanaaaa... SYIOK GILEEERR!
Itulah yang cousin aku rasa agaknya. Betapa jelousnyer diri ini. Itulah, dulu, orang suruh belajar pandai-pandai , tak maaaau. HAHAHA.Dia nih, *seorang perempuan yer  memang korea habes lah. Mana tak nya, semua cerita korea dia belasah tengok. Muka pon dah ada ala-ala kekoreaan dah. Memang sesuai lah dia kat sana. Itu semua memang dah rezeki dia dapat belajar kat sana kan. Tapi, yang tak menahannya, dapat tau dia kena pergi persediaan tuh, hari sabtu hari tuuu. Then, register nye, hari rabu ni. Mak ai! Dah berapa hari berturut-turut dia datang rumah aku nak uruskan benda alah tu semua. kesiaaaan.
eeeeee...seghonoknya! dapat study sanaaaaa! nak jugak!

okay, cerita lain pulak, 
Disebabkan aku nih budaknya sangatlah kurang bersosial, so, takde banyak benda yang menarik untuk dikongsi . Sebab, aku ni asyik terperap kat rumah memanjang. Alasan yang terbaik yang aku boleh bagi is, most of my friends are not from this town. So, nak wat macam manaaaa.Kalau adaa pon, mereka yang tiada di sini. owh! Tapi, at least, dapatlah gak aku merangkak sampai s.alam kaan. and, ade jugaklah aktiviti memasak yang dapat dijalankan oleh aku kat rumah ni. wooooho!
Nak kongsi sikit, apa benda yang aku dah try kan.
Butter cake tenggelam kat tengah

MAAF! bukan donut big apple ye.

Oh ! ya.. Hari tuuuu.. Adalah aku bukak beberapa blog kan, sebab masa  tu, aku rajin jadi blogwalker kan. And, I wonder why they put the same song in their blog. And the song is aishiteru by zhifilia band. Bukannya satu or dua, tapi, 4 ke 5 macam gitu. Maybe, penangan cerita INDON kat astro ria kot. cinta melody! Cerita tu, aku sangat-sangat lah follow sebab cerita tu best sangaaaaaat! staring randy pangalila and chelsea olivia. No wonder lah, lagu tu sekarang ni tengah hot. Nanti aku tukar lah lagu kat dalam blog ni , aku letak lagu aishiteru ek! huk3

nak tambah lagi sikit.
esok, nak jumpa kawan2 aku..sewonoooknye


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 1:03 AM 0 cicak komeng

Saturday, May 14, 2011

day dua ~

6 benda yang aku baru buat sekali jep.

satu.
bake!
masa cuti ni, baru sekali aku BAKED! Aku buat butter cake jep. Mula-mula, aku ingatkan dah fully cooked. ghopenyer tengah-tengah nyer tak masak daaaa.. Sebab tak cukup temperature. Tapi, licin jugak ..hmm

dua.
kereta!
haha. Lesen L dah lepas. Tapi, belajar belom lagi. So, aku try-try lah belajar sendiri dengan adik bengong aku tu kan. Sekali, hampeh. hancor! menakutkan sungguh..wuuu~

tiga.
button banyak!
ini baru first time aku pakai handphone button banyak. Bukan blackberry lah. Nokia jep. So far, masih ok lagi lah bila pakai henfon yang biasa punyer. yuhoooo.

empat.
subway!
haha. baru semalam pergi subway kat shah alam you. Saje nak try. Sebab, abang cakap, sedaaaaap. So, pergilah. Ok lah. Sedaaaaap..

lima.
ronda-ronda !
rasanya, baru sekali aku pergi pusing Malaysia owh. Maksudnya, masa pergi melancong tu, aku tour lah sekali satu Malaysia. wuuu~ syiok.

enam.
donut!
selama ni aku asyik beli donut kat j.co ngan big apple jep kan. Sekali-sekala buat lah sendiri kan. Tapi, baru sekali nak buat. OK lah. sedaaaaap. Tapi, takdelah sesedap kedai-kedai tuuuu.

tambah sikit.
ISNIN nak pegi TTJ lorh!
moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 9:03 AM 0 cicak komeng

Wednesday, May 11, 2011

day satu~ 10 pasal aku

satu.
Aku budak paling "comel"
Hahaha..Orang yang kenal aku , dah semestinya tau pasal ini kan. Sememangnya, aku ni orang yang paling comel dalam kelas. Hahaha..Even, dalam family pon, aku lah paling comel. Takkan lah "comel" aku nih korang x tau kan. Paham-paham lah sendiri. So, actually, aku dalam proses 'workout' ! hahaha..berangan lebih. Alah..xde lah concentrate sangat, sikit2 tu adelah..hehehe.Untuk kesihatan diri. Tapi, xde change ape2 lagi..bhahaha

dua.
Aku perahsia??!
hmm..Agak lah.. Aku ni kalau orang suruh jadi peti besi, boleh tahan jugak lah. Tapi, biasalah..kadang2, orang suruh jadi benda tu rahsia, lama-lama pecah jugak kan. Tapi , bukan au yang pecahkan lah. Even, aku sendiri ni banyak sangat rahsia. hehehehe

tiga.
Aku paling kecoh dalam kelas
hahaha..Ini memang tidak dinafikan lah oleh aku sendiri. Dah sememangnya aku macam ni kan. Hahaha. Aku sebenarnya, takdelah kecoh mana pon. Kalau dalam kelas jep. Sebab, budak-budak lain senyap, so, aku menyemarakkan lah kelas tu. Huhhuhu. Aku  memang dicop mcm gitu dalam kelas. Sebab tu lah, muka aku nih muka selalu di attack ..hahaha

empat.
Aku suka benda yang unik
Entahlah, memang dari dulu aku macam ni. Keturunan kot. Sebab mak aku pon, memang macam gitu. Kiranya, suka benda baru lah. Lebih-lebih lagi pasal makanan. Cakap jelah, ape benda yang aku tak makan. hehe.. KERDAS, yang paling busuk tu pon feveret aku tau. hahaha

lima.
Aku sangat suka gadget
Even, aku ni bukanlah mampu nak kumpul gadget2 tu pakai duit sendiri kan. Cuma, minatlah.. Kalau dah berkemampuan nanti, habes semuanya aku sapuuuuu..ahax! Aku suka sangat tengok gadget2 yang ada kat kedai tuuuu..syiok lah!

enam.
Aku allergic seafood
Aku nih ada resdung yang quite terok lah jugak. Xboleh sejuk sangat and udang lah paling allergic lepas diuji. haha.. Masatu, aku ngah study week, mknn kt cfe dah habes lak kan. *biasalah, budak kmj nih, pelahap cket
Yang tinggal pulak masatu, udang sambal jep. So, aku beli lah, makan ngan roti.*dah xde budget
Sekali, malam tu langsung x boleh study sebab bersin memanjang! dahlah bersin aku tu , paling best lah kan.
*masa skolah, dulu, pernah sekali bersin..memang boleh tahan kuat jugaklah, tetiba, time2 tu jugaklah, ade yang nak pecah cermin tingkap ..*aisshhh.. tragic sungguh

tujuh.
Aku suka purple!
Dulu2, biasa jep ngan color tu. Tapi, sekarang ni, semua benda yang aku suka, almost semua purple! owh! Ini gara-gara hajar lah . *roomate aku*. haha. Masa dulu-dulu, aku rumah sukan purple, masa sekolah rendah , start tu lah , aku suka !

lapan.
Aku kakak yang .......
ha..yang ni , aku susah sikit nak explain. Sebab, kadang-kadang, aku ni close giler ngan adek2 aku. Tapi, selalu gak gaduh ngan diorang. Yelah, aku ni perempuan, adek aku , 2 orang lelaki, s0rang perempuan. Memang kalah lah aku kan. Tapi, sekejap jep gaduh. Lepastu, elok balik. Bak kata pepatah, 'Air dicincang takkan putus'.ecececeh, skema pulak aku nih.Kalau sebagai adik pulak, aku kira kamceng lah ngan abang aku tu. Start2, aku kat ttj lah. Aku ok ngan dia. Kiranya , boleh ngam lah dengan die kan. huhhuhu

sembilan.
Aku paling relax??!
Actually, aku tak suka lah gelabah-gelabah. Lagi-lagi, masa cari solution masalah kew, or apa-apa je lah. Tension owh, kalau aku macam gitu. Aku ni memang relax lah. Roomate aku sendiri cakap, aku jarang tension2.. Sebab aku tak suka tunjuk. Padahal, ade jep tension aku tu. Tapi, aku try cover lah, so that, dia tak influence aku masa study kan.hahaha

sepuluh.
Aku pemalu??!
Mak aku cakap, masa aku kecik2 dulu, aku ni banyak cakap, tapi, kalau dengan orang, aku nih pemalu. Pemalu kew?? haha. Tapi, sekarang nih pulak, aku tak tau malu. haha.. takdelah macam gitu. Aku dah boleh berani2 sikitlah. Cuma, kalau aku pergi satu2 tempat tu, xde orang yang aku kenal, memang aku kelu lidah untuk bercakap. hahaha.
moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 12:47 PM 2 cicak komeng

sepuluh!

salam~
Aku sangat tertariklah dengan entry blogger2 yang memaparkan sepuluh perkara dalam hidup mereka.
*dah start dah ayat skema aku nih ...ish! tukar mode*
Tak semestinya, benda yang kau suka jep. It can be anything yang kau nak tulis lah. Contohnya macam :



10 yang aku suka, 10 yang aku tak suka, 10 pasal aku, 10 pasal dia...or apa-apa je.
Menarik kan??
or, kalau nak tengok dengan extra jelas lagi pasal nih ..meyh pegi tengok ini orang : wani, seyha, and syazwani atan

Maybe, akan take time nak buat benda alah ni, tapi, ape aku kesah kan??!!huhuhu


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 1:17 AM 0 cicak komeng

Tuesday, May 10, 2011

10th may 2010 & 10 may 2011

salam~

*mood flashback setahun lepas ek*
tarikh ni *10/5/2010* aku rasa aku ingat lagi start pagi sebelum aku melangkah keluar dari rumah kesayangan aku ni *skema lah plak.
Aku buat keputusan ni cuma beberapa hari jep sebelum aku register masuk KOLEJ MATRIKULASI JOHOR..owh yeeeaah!

Beberapa hari sebelum 10/5 aku gopoh gapah pergi shopping bagai untuk stuff-stuff yang aku akan packing untuk pergi sana tau. Yang penting-penting sudah.kan. Mereka suruh pakai kasut kulit hitam, aku beli sandal colour pink *BATA jer*. Nasib baik, ok jep masa hari daftar tu.
Baju kurung, aku bawak 8 pasang jep. Agak-agak untuk seminggu je lah.Sekali, baru 2 minggu study kat sana, dah rasa bosan pulak ayik pakai baju yang sama jep. So, apa lagi, masa first time balik, angkut lah segala baju kurung yang ada kat dalam almari aku tu kan.

hmmm...teringat pulak kesusahan ayah, ayun and ajin mengangkat segala barang-barang aku naik 2nd floor. Hahaha. Nasib baik 2nd floor, kalau 4th floor , x sempot plak kan. Hehehe..
Apa lagi kan, lepas sampai dalam bilik E 2.18, ayah aku amek satu katil *baeknyer pot kan
apa lagi, ngorok lah die kan..

Anyway, terima kasih ayah, mama, ayun, ajin and sara jugak sebab tolong saya.hehehe

okay...first day kat matrik macam..oh!
terpinga-pinga weyh! nasib baik ada roomates yang okay. fiuh!
biarlah dengan first day aku kat matrik..
yang penting, aku happy di sana

so, itu cerita 10/5/2010
ini pulak, cerita 10/5/2011!!!!!

pagi tadi aku pergi naik kereta dengan wak bakry cause nak pegi myspeed..

guess what??!!

owwh yeah!!
aku amek lesen L. Test computer you...huk3.. Pagi2 lagi aku dah gerak. Hari ni aku alim sikit. Pakai baju muslimah gitu. Tapi, pakai jeans lah of course. ahax. *spoiled btol lah!!!
Aku bajet, dah tentu-tentu lah xde member sekali ngan aku. So, aku buat muka bongok jer lah kan..macam nih

Sekali, aku bukak pintu office tu, aku nampak cousin aku owh! *yeah
gumbiralah sikit hati aku ni. Tapi, yang paling gumbira hari ni is aku lulus! yeah!
dup dap giler masa jawab soalan tu..dengan markah yang x seberapa tuh..fiuh!

Bukan takut ke ape, sebab ade cousin aku sorang nih, dah 4 kali fail test L nih..ish cuak betol!
*urrmmm, bukan cousin yang aku jumpa tadi..ni cousin yang lagi satu*

Tapi, whatever it is, aku dah lulus!

syukur alhamdulillah....


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 4:54 PM 4 cicak komeng

Friday, May 6, 2011

typing speedtest

salam.
tadi aku intai lah kejap blog member lama aku nih . Aku sangat tertarik dengan entry die pasal malaysian typing sppedtest. Then, aku try lah,.. so, nih je lah yang aku dapat..hmm~~


39 perkataan

Speed test

33 words

free online typing test


kalau terasa nak uji kepantasan kamu menaip,

dengan segala hormatnya dipersilakan~~XD

aku nak try n try lagi sampai lah aku puas hati ...hehehe.. (^.^)


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 4:50 PM 0 cicak komeng

Wednesday, May 4, 2011

which one do u prefer?



ayah atau mama.
Orang selalu cakap anak perempuan prefer ayah and anak lelaki prefer emak. Betul ke?
Ada logik juga kat situ. Sebab orang selalu cakap emak ni "garang". Actually, garang emak ni kebiasaannya bawa kepada kebaikan. It doesn't mean "garang" ayah pulak, bawa kepada keburukan. No, no, no, no...
Okay, bagi aku, kalau nak cerita apa-apa, especially benda yang berlaku sekeliling kita ni kan, aku lebih prefer mama of course. Sebab, perempuan kan lebih sense of humor kan. Kalau ayah pulak, biasanya, kalau kita ada buat masalah, or anything yg macam tak baik yang berlaku kat kita kan. Contohnya macam,
  • Dapat result yang kurang elok.
  • Tak buat kerja-kerja rumah *kemas rumah
  • Anything lost
  • Nak mintak duit
Sebab, bagi aku, even ayah ni biasanya dilabel garang ,tapi mereka ni sangat penyayang.
Betul tak ?
Ayah jarang nak marah anak perempuan, sebab dia tahu yang anak perempuan ni sangat sensitif. So, boys, jangan lah jeles kalau kami ni dilebih-lebih kan..huk3 ^.^
Okay, tiba-tiba teringat pulak masa aku kat KMJ dulu. Sepanjang setahun aku kat sana, kalau masa balik rumah kan, aku tak pernah sekali pun balik johor naik bus. Hahaha...
Bukannya manja or what. Cuma, dah berapa kali jugak lah aku balik, and cakap dengan mereka, kalau aku balik johor naik bus pon takpe. Tiba-tiba, nanti ayah aku cakap, " takpe-takpe, nanti ayah hantar umi balik" huhuhuhu.Apa lagi , sangat gumbira di hati.

Kalau mama, pulak, orang cakap, ibu ni adalah segala-galanya. Yup!
Sangat true. Biasanya, kalau kita ada apa-apa masalah study or life or apa-apa je lah memang mama je lah tempat kita release every single thing.hmmm... Our mother is the best person in our life. Balik pada 'orang cakap' tadi, orang cakap, anak lelaki lebih rapat dengan mak. Tapi, tidak semua kan.. Based on my experience lah, even my friend pon, selalu cakap, biasanya, abang mereka or adik lelaki mereka especially yang selalu masuk dapur lah kan , sememangnya akan kamceng dengan emak.

So, girls, kalau nak kamceng giler2 ngan mak kamu, masuk lah dapur selalu ye.
Actually, kita patutnya x payah lah naksebelah kan sesape kan...
Just accept them as the way they are..



Pesanan khidmat nasihat ini dibawa oleh @#$!%^&

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 1:49 PM 0 cicak komeng

Tuesday, May 3, 2011

4 mei

aku masih tak confirm lagi ngan budak-budak ni nak pegi skolah besok. Nak kata kecoh-kecoh pasal nak g skolah besok, macam takde dengar ape2 pon. Nak kate cancel pon x sure jugak because ade jer invitation uh kat dalam facebook. Konpius sungguh. Karang kalau jadi pulak pegi esok, huh..macam malas pulak sebab dah tentu-tentu la kena pegi sendiri. Public transportation lah kena guna. Haissshh... Kalau pegi lambat sikit, ade lah jugak driver kat rumah ni kan. Senang sikit kerja aku kan.hmmm..

bayang kan je lah kalau aku pegi seremban naik bas. Pagi-pagi , dah tentu2 lah kena ikot mama pegi skolah sebab kena drop kat busten.owwhhh...sewonoknyer


ok fine..amek bus kat banting sampai KLIA
dah sampai KLIA, kena amek bus sampai Nilai pulak.*kalau cepat x pe gak, ini subhanallah*
pastu, dah sampai Nilai, baru lah naik KTM sampai Seremban.

dah sampai Seremban, kena pulak jalan kaki pegi term
dah sampai term, barulah naik bus pegi sekolah
final destination : skolah!

Cubalah bayangkan kalau naik kereta dari rumah sampai Nilai pun dah okey rasanya.
sangat ting tong lah!


what a beautiful shoes we have here!ahax!



the cloud is getting dark out there but "pasar" is waitin' for me! gtg!

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 5:46 PM 0 cicak komeng

Sunday, May 1, 2011

I Do


hek3...



Tiba-tiba terlintas pulak nak letak lagu ni. Bukannya apa, sekarang ni kan tengah musim orang nak kahwin kan. Btw, saya jauh lagi perjalanan untu ke situ ye. Kita mesti lah kena ada target unruk semua plan kita kan. So, universiti pon belum jejak lagi and totally jauh lagi perjalanan saya untuk menempuh alam kehidupan ye. Hehehehe...

Lagi satu, lagu ni sangat -sangat lah menarik perhatian saya masa will & kate newly wed. Because, kat tv display lagu ni and masa diorang kahwin, colbie caillat ni ada buat performance dekat Times Square NY. Lagu ni sangat qiut. So, lagu ni ditujukan untuk mereka-mereka yang akan berkahwin lah ..hahahaha..>.<
moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 10:58 PM 0 cicak komeng

1 mei . hari indah . hari normal .

1 mei.




Banyak reaksi orang tentang satu mei.


Gembira kerana cuti.

Teruja kerana cuti.

Sedih kerana cuti.

Leka kerana cuti.

Malas kerana cuti.




Apa yang aku buat sepanjang cuti?

Apa perasaan aku tatkala ini?

Adakah aku mengalami perasaan seperti orang lain juga?

Adakah aku normal seperti orang lain juga?

Adakah hari ini hari yang baik untuk aku?




Segala persoalan ini masih berlegar-legar di ruang kotak fikiran aku. Rasanya, macam tiada jawapan untuk persoalan ini. Kerana aku rasa hari ini cumalah hari yang biasa seperti hari-hari yang lain sejak bermula cuti yang lama ini. Cuma, satu saje perkara yang aku buat hari ini, setelah aku lama tinggalkan perkara ini.






pergi kenduri kahwin! hahahahaha (>.<)

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 7:50 PM 0 cicak komeng
Subscribe to: Posts (Atom)
Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
YUMIE CAKAPit's time to change.okbai~
budak comot comel

tinjauan ke-

kelip-kelip

Quotes

my gonjeng-gonjeng

my gonjeng-gonjeng
  • naddy's
    √Apex Learning English 11 Books To Read ⭐⭐⭐⭐⭐
    2 years ago
  • fatin s0lihah :)
    Homestay Puncak Alam
    6 years ago
  • living with a shadow
    MENYESAL ATAU GEMBIRA??
    12 years ago

Followers

awesome

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
  • FaizalFredley.com
    Story of Side Dish and The Dancing Aurora
  • Syazwani Atan.blogspot
    ©1999 Club Car Carryall 2 Wiring Diagram ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • Firdaus Life
    Pakej Internet Unifi Home Fibre
  • fatin s0lihah :)
    Homestay Puncak Alam
  • izyan karim
    Cara Obat Forex Herbal Asli Alat Vital Penis
  • Elia : Short & Sweet
    Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
  • Zahiril Adzim
    tak faham
  • MULUT BERGERAK
    dghndgh
  • Belog Sempot
    6 Gunung yang wajib didaki di Korea dengan permandangan yang menakjubkan
  • lyssa's
    Papa (2016)
  • Fyza Ieza Barney:)
    Last Letter
  • Something Inside
    Community Of Mutual Aid
  • blog budak kuat perasan
    Kembali Setelah 2 Tahun Menghilangkan Diri
  • living with a shadow
    MENYESAL ATAU GEMBIRA??
  • She is just A Girl :)
    selamat hari raya
  • Kesah Pelik @.@
    kasut baru
  • me. mine. life.
    O F F
  • Aysha Rosman
  • faiz lah :)
    oh manusia,,
  • anak pakcik LATIF :)
    how to become dean list ?
  • piecesofathirah'slife
  • unpredictable words
    feel free to read! hahahaa
  • DANCING QUEEN'S BLOG
  • kotak hati
  • nidhot's
  • Belog Kosong.
  • .haru.haru.
  • doraemonterbang!!!
  • ♥♥♥BeLog Si Pinkyz Ladies♥♥♥
  • THRHSHMSL
  • live life & love
  • cerita sabrina alhambra
  • .Unspoken Freak.
  • Tika Manusia Alpa
  • FRHZATYMOHD
  • celoteh saya si selek;)
  • my kekotakhati
  • amir huzaifah
  • All About Life
Show 5 Show All

POSTO POSTO

  • ►  2012 (1)
    • February (1)
  • ▼  2011 (84)
    • December (9)
    • November (5)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (11)
    • July (14)
    • June (11)
    • May (16)
    • April (3)
    • March (4)
    • February (1)
    • January (7)
  • ►  2010 (36)
    • December (1)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (3)
    • May (10)
    • April (10)
    • March (7)
    • February (1)
  • ►  2009 (20)
    • December (4)
    • October (2)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (2)
    • May (5)
    • March (2)
  • ►  2008 (15)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (1)
    • September (1)
    • August (7)

ShoutMix chat widget
CLOSE

by WAN HAZEL
PUSH
 
Powered by kokmie juga. Powered by Blogger.