-->
skip to main | skip to sidebar
yumiera o.O

Tuesday, August 23, 2011



Cepat betul masa ni jalan. aiisshh. owh. Banyak jugak benda yang kena buat nih. Haha. Orang semua nak masuk uni dah banyak gilaa wat preparation kan. Aku sikit-sikit tuu adalah. Medical check up pong aku belom buat. Teruk sungguh ye aku nih. Ptptn aku dah lulus. Hutang aku dah start laah weh. Haaiisshh..
Orang semua tengah excited buat preparation raya laah.

Prepare tuk uni, ketepi sat  lah ek. Every week mesti merayau mana-mana cari barang. Adaaa jep yang tak complete. Takpelah, raya setahun sekali. Best betul bila dah start feel raya ni kan. Ramadan pong dah jadi macam situasi biasa dah. Tak sabar gilaaa nak raya. Tapi, rindu nak tinggalkan ramadan. cheh. emo pulak.

Bila dah nak habis ramadan nih, semua sakit datang dah. Anak tekak aku nih dah menjerit-jerit dah .Perit. Nak simbah ngan air siang-siang kang, haraam. Astaghfirullahalazim.
oh! maaf. jangan terliur.
okbai.


makanan buka dan sahur.



hidung dan tekak.
dah mula memberontak.

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 6:31 AM 2 cicak komeng

Saturday, August 20, 2011

cari lailatul qadar bukan pergi lailatul kamdar



salam~
huish.
Pejam celik dah 20 hari kita puasa kan. Maksudnya dah masuk 10 hari terakhir ramadhan lah ni kan. huuyaai..
Amacam korang nyer puasa? Ok dok? Penoh dok?
hehe..Alhamdulillah, setakat nih aku penoh lagii..wakakaka


Cakap pasai 10 ramadhan terakhir nih kan. Mestilah orang terfikir pasal lailatul qadar. Bukan lailatul kamdar ek. Tahun ni kita puasa 29 hari je tau. Jangan ada yang mengigau nak puasa 30 hari pulak. huk3. Hari-hari terakhir ramadhan ni, mesti ramai orang keluar p shopping raya kan. Pergi cari sangat lailatul kamdar sampai lupa lailatul qadar. (Ustaz tu cakap)

Aku harap aku tak terlambat nak information pasal lailatul qadar ni. Adalah sorang ustaz ni bagitau masa dia tazkirah hari tu. Dia kata,

"Kalau mengikut formula Imam Ghazali, kalau kita puasa start hari isnin, Insyallah, malam lailatul qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadhan,"


Wallahualam. Aku tak boleh jamin lah. Cuma aku ikut apa yang ustaz tu cakap. Tapi, takpelah, kita cuba apa yang termampu. Kalau kita dapat malam lailatul qadar tu, Alhamdulillah.

Tapi, serious aku cakap, hari ni terasa macam tenaaang jep. redup. Takde panas sangat. Oh ye. Malam ni lah malam 21 Ramadhan tuu.. So, apa lagi pergi amek sejadah ngan Al-Quran jom. Kita tadarus ek.

okbai.


dari pagi gerimis.
redup jep kat luar tuu.

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 3:44 PM 2 cicak komeng

Friday, August 19, 2011

terima kasih dear..

salam~
wah3..sejak dua menjak nih aku asyik stay up pulak. Yelah, sekarang ni kan tengah musim exam2 kan. Tapi, bukannya aku yang exam pong. ngahahaha~
Lepastu, bangun sahur, makan sambil pejam mata. Baik punyer laaah..

Oh ye. Hari ni aku nak say thanks untuk dia ni.  Sebab sudi jadi aku nyer 100th follower. huk3. Aku terserempak dengan dia through segmen skytech tuuu. Sewonok join segmen macam gini. Ok.

Inilah dia Ieyza Afieyna

'create

terima kasih dear..


currently studying science PMR.
huh. dekat tutor PMR.
terpaksalaah sacrifice untuk si brother aku nih.

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 12:12 AM 0 cicak komeng

Thursday, August 18, 2011

sama jep macam tak puasa...

salam~
Haih. Risau betul aku tengok orang sekarang nih. Diorang ingat puasa ni cuma setakat puasa tak makan n minum jep ker.. Pelik lah. Aku tengok budak-budak sekolah, yang tak matang tuu, preeng sana, preeng sini dengan pakwe, naik motor peluk-peluk. Eee..tolonglah.

Kalau macam tuu, sama jep macam kita tak puasa tau tak. Pastu, puasa memang penuh gilaaa.. syabas beteh. Tapi, sembahyang melayang-layang. Nampak sangat lah puasa tuu macam trend atau ikot orang. Macam takde makna lah puasa ramadhan nih. Ingat nak raya jep. Baik tak payah kalau macam gituu..


Baguslah tv3, buat program KIAS RAMADHAN. Siapa yang tengok tau lah cerita tu pasal apa. Ok, biar aku explain sikit lah. Kias ramadhan nih, pasal gelagat-gelagat orang yang berpuasa, tapi, banyak benda yang tak betul dibuatnya. Macam , orang mengumpat gila-gila , pastu fitnah , salah faham. Semua tuu ada. Memang menarik.

Yang aku sempat tengok, pasal "meter teksi". Lawak lah pulak. Cerita dia, ada lah 2 minah nih, naik teksi nih, pastu, dalam teksi tuu, punyalah dia mengumpat macam tak ingat dunia kan. Pastu, tiba-tiba dia dengar macam meter teksi tuu naik laju gilaa. Sekali,pakcik tuu ta tahan dengar diorang mengumpat kan, pakcik tuu pong stop lah kat tepi jalan.

"Pakcik! kenapa pakcik berhenti kat sini nih? Ini bukan jalan nak pergi segambut niih,"

"Iya..Pakcik tau naak. Pakcik sebenarnya tak tahan dengar kamu berdua nih asyik mengumpaat jep tak berhenti-henti. Tak guna pakai tudung macam gitu kalau tak jaga mulut..Haa, depan nih ada masjid. Korang berdua belom bayar zakat kan. Pergilah bayar zakat dulu,"

"Eeee.. Pakcik nih. Sibuuuk jep hal orang. Pakcik tuu, macam baik sangat lah.. Tu meter taxi tuu, mesti pakcik otter kan. Laju jap meter taxi tuu naik. Pandai jep cakap orang,"

"Astaghfirullahala'zim.. Korang nih. Dah lah mengumpat, buat fitnah pulak. Aisssh.."

Pastu, pakcik tuu pong keluarkan something dari poket dia..

"Nah. Ambil nih. Pakcik sedekah. Berzikir banyak.Bulan-bulan puasa nih tak elok mengumpat, buat fitnah. Jangan berprasangka buruk dengan orang lain. Buat-buat lah bertaubat ye nak, "

Terus terdiam minah 2 orang tuu. Sebenarnya, bunyi yang 2 orang minah tuu ingat meter taxi tuu rupanya, bunyi tasbih yang tekan-tekan tuu.. Ishh...padan lah muka mereka tuu yee.. Tuu la, lain kali fikir dulu sebelum buat. Kan dah malu kat diri sendir...Dunia..Dunia..


huah..rilex  sikit hari ni..
mekasheh bibik.

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 12:13 PM 2 cicak komeng

Wednesday, August 17, 2011

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

salam~
 ok..sempat lagi pulak before pergi terawih buat entry nii..
Takut tak sempat pulak nanti...hehehehe
Hari ni nak join segmen ni..Macam best..
sape nak join, tekan gambar nih ek...



- Nama panggilan Blogger         : yumie/kokmie
- Tarikh mula berblog               : 22 Ogos 2008
- Rakan blogger terkini             : 79
- Target tambah rakan blogger  : 21 orang boleh? hihi

Segmen ni tutup pada pukul 11 malam nii..
so, siapa nak join, cepat..cepat..




moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 8:42 PM 21 cicak komeng

wordless wednesday~

salam~


maaaa....tak tahan ...nak cing cing..



I'm now addicted to 393..
tak boleh bak tukar lain daaah..

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 1:47 AM 6 cicak komeng

Tuesday, August 16, 2011

"hmmm...bulan puasa ni aku nak......."

salam~
Bila dah datangnya bulan puasa nih, ramai orang dah mula nak berubah. Katanya lah. Tapi, betul ke perubahan yang kita nak buat tu kekal sampai lepas ramadhan dah habis? Atau cuma hangat-hangat tahi kambing jep? Sepatutnya jadi macam gitu.. 

Tapi,biasalah manusia ni suka merancang. Kadang-kadang tuu, over the limit pulak perancangan mereka tuu kan..Takde salahnya kalau kita buat perubahan yang mendatangkan kebaikan tu sampai bila-bila. Sampai mati pon lagi bagos. 

Tapi, pastikanlah yang perubahan tu bawa kebaikan bukannya memburukkan keadaan lagi.. I'm sure it's not good for your health guys. Come on laah..
Kita mesti selalu dengar kan orang banyak buat azam lah kononnya untuk bulan puasa.. Contohnya macam gini ....

"Bulan puasa ni aku tak nak exercise lah. Nanti penat laa,lapar laa, haus laaa,"

::: Korang tau tak, sebenarnya,elok jep kalau kita exercise bulan-bulan puasa niih. Good for your health. Tapi, ingat jugak, kalau nak exercise, jangan over pulaks. Itu yang jadi tak eloknya tuu. Lagi-lagi kalau kita dah sampai dehydrated. Sebab exercise kan needs banyak water dalam badan kan. Kalau nak tau lebih lagi pasal senaman-senaman masa ramadhan, pergi tanya kat dia nii ha>> KEVIN ZAHRI

::: Oh ye. Kalau korang tak larat nak exercise waktu siang, exercise lah malam.

" Tapi, kita nak pergi sembahyang terawih, macam mana nak pergi gym , nak exercise?"

Haaa.. Kalau nak exercise jugak, buat lah terawih 23 rakaat, jangan lah buat 8. Sebabnya, solat terawih juga adalah salah satu senaman yang baik yang boleh kita amalkan. 

"Bulan puasa ni, aku nak pergi terawih hari-hari lah, "

::: Hahahaha..ini yang biasa kita dengar nih kan. Tapi, tengoklah realitinya, sehari sebelum puasa tuu, masing-masing bukan main lagi semangat gilaaa nak pergi terawih. Maklum lah, solat terawih ada setahun sekali jep. Punyalah kan penuh surau and masjid. Kalau nak parking tu pong, kemain lagi jauhnyer. 

Tapi, tengoklah , tak yah tunggu akhir bulan. Tengah bulan macam gini haa, line-line belakang semua dah clean&clear daah. Sebolehnya, kita buat semampunya dan seikhlas yang boleh. Kalau tak mampu sangat nak buat, 2 rakaat pon boleh. Islam itu bukan menyusahkan malah, menyenangkan dan bertimbang rasa. Seelok-eloknya, kita kejar pahala ramadhan tuu.Bukan mudah taau.. Setahun sekali jeepp.

"Bulan puasa ni, aku nak start pakai tudung lah, "

::: Mesti ada kan orang yang dah berniat untuk buat perubahan. Oh, sangat bagus nih. Aku sangat suka. Tapi, jangan lah masa bulan puasa jep. Kalau boleh, biarlah perubahan ni untuk selama-lamanya. Yang penting, ikhlaskan diri untuk membuat dan menerima perubahan. Jangan buat sesuatu tu, sebab orang yang suruh atau trend sekarang macam tuu.. ohh no no no..


Banyak pulak yang nak aku buat masa bulan ramadhan ni. Jangan sampai amalan-amalan bulan Ramadhan kita tinggalkan pulak. Pahalanya, berganda-ganda . Rugi kalau tinggalkan. Buat apa yang termampu. Jangan ponteng puasa.. Berdosaaa...So, Selamat berpuasa semuaaa!



moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 11:03 AM 3 cicak komeng

Monday, August 15, 2011

be aware with kopitiam

 


salam~
As mentioned above, aku telah disedarkan perkara ini kebelakangan ni. Mak aku selalu bagitau, hati-hati bila pilih makanan, kita makan dekat mana, boleh makan ke tak, semua benda tu penting terutama sekali bagi orang islam macam kita semua nih. Sedih kadang-kadang bila tengok ramai muslim yang langsung tak kisah dengan makanan yang mereka makan. Aren't they feel guilty or what? Islam dah bagitau kalau kita was-was, better jangan buat benda tu kan. So, kalaulah kita was-was dengan restoran yang kita pergi tu, better janganlah pergi kan.

Untuk pengetahuan, restoran kopitiam yang halal di Malaysia ni, cuma ada beberapa restoran dibawah 3 company sahaja. Iaitu,:

  •  Oldtown white coffee,
  •  Pak Hailam Kopitiam 
  • Jonker Walk Kopitiam.

 Even, nowadays, we are notice that dah banyak restoran-restoran yang berkonsepkan kopitiam ini muncul kat Malaysia nih. Kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal prduk halal, pergi sini>> HALAL JAKIM .Ok, nih yang nak cerita sikit nih, since last year rasanya, ada lah satu kedai kopitiam yang baru bukak dekat dengan kawasan rumah saya nih. Depan balai polis tuu. *sederet dengan office lawyer yang bunuh sosilawati.

Mula-mula kopitiam tu satu tingakat jep. Tapi, tingkat-tingkat yang atas-atas tu kopitiam tu punyer jugak. owh.biasalah tuu. Dan disebabkan, kopitiam tuu sangat laku and always dipenuhi dengan customers yang berbilang bangsa, dah tambah lagi satu tingkat kopitiam tuu. bercambah-cambah perniagaan dia ya. But, kopitiam tuu not in the list! Maksudnya, takde sijil halal! Yang mengecewakan disini, ialah, sumber pendapatan mereka kebanyakannya daripada orang islam sendiri and even pekerja mereka pon terdiri daripada orang islam. Pekerja disini tu bermaksud waiter2 nyer sahaja. Aku juga ada dengar information ni dari somebody, sesiapa yang bekerja kat sana, tak boleh break untuk pergi solat! aiisshh..meruntuhkan akhlak orang islam betul. Macam mana lah nak dapat sijil halal kalau macam gitu ghopenyer .

So, aku harap lepas ni, Malaysian citizen aware dengan benda-benda yang boleh dianggap sensitif ni. Jangan anggap benda nih perkara yang remeh temeh yaa. Pastikan apa yang kita buat selama ni adalah perkara yang betul dan untuk kebaikan semua orang. Kalau nak buka puasa kat mana-mana ke, make sure it's a safe place to eat. Selamat berpuasa semua!
moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 1:20 PM 0 cicak komeng

Sunday, August 14, 2011

fiuh! selesai lagi satuu



salam~
kome pergi terawih ke dook?? hari ni aku cuti terawih ler. Because aku kat kampung nih. Biasalah, weekend2, mestilah balik kampung kaan. So, I'm taking this chance to edit2 my blog lagi. Ini pong tak siap lagi nih. Penat sampai berpeluh-peluh tau. Mata nih rasa macam dah nak terjuntai-juntai dah menghadap laptop nih. huk3. Dari pagi tadi, buat doodle pastu ngedit benda alah nih. Guarantee naik giler rabun aku nih.sigh. Hari tu aku dah tukar dah blog nih, dari pakai design pergi pakai minima. Sebab orang kata pakai minima lagi besh. Pastu, aku change lagi pakai washed denim pulak. best 2 jugak. Tapi, sengsara sikit laah. Tapi, rasanya, kalau dah biasa no hal lah. kan.kan. Aku nih bukanlah terror macam bloggers lain. Takdelah cantik mana pong kalau nak dibandingkan dengan belog lain kan. hehe. This just to satisfy myself lah. ngehehe.wink.Bestnyer if I can break fast with those macaroon!
okbai~daa


moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 10:07 PM 1 cicak komeng

first doodle?! wakaka

salam~
lama dah tak buat entry baru kan. seminggu? haah laah.. seminggu daah. Yelah, mana tak nya, bila bukak, tengook jep blog nih, edit2 sikit ,pastu tutup. Kepala otak saya tengah bengong2 agaknye laah. Macam manaa laah nak concentrate taip kat blog kalau mata dekat tb kaan. wahahaha. Banyak pulak citer best kat tb tuuu. tu yang malas nak update belog tuu. kan.kan.kan. haaa.. Since semalam aku try buat benda alah nih. Banyak betul dugaan nak buat doodle aku nih. At last, siap jugak hari ni. Seriously, it was not easy to done this. Sebab, act, dh silap step. Rasanya, kalau ikut step, xde lah susah mana. So, sesiapa yang nak try2 buat doodle kaan..buatlaah..huk3..
this is mine..agak2, ada ke orang nak amek doodle niih..huk3..selebet jep kan..first try laah..hehe


klu nak amek, credit ek.. 




moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 11:12 AM 3 cicak komeng

Sunday, August 7, 2011

ramadhan

salam~
waaah..lama lah jugak aku tak buat post baru kat sini. Like always, life biasa-biasa jep. Cuma a little busy dengan segala benda nak buat before register kaan. Sekejap je dah puasa yang ke-7 kaan. So far, belum lagi pernah buka puasa selain daripada kat rumah lah kaan. Means, terperok saje lah saya kat rumah ni kan. But than, still ok laa. Tak pernah lah plak rasa nak pengsan kan puasa kat rumah jep kaan. Hopefully, this ramadhan dipenuhi dengan keberkatan dan nikmat dari-Nya and juga, dapat lah puasa full tahun ni. wahahahaha~
Sebenarnya, takde idea nak tulis apa nih. cukup lah. kalau korek otak nih kang perot berbunyi pulak. hehehe.
okbai~


selamat bersahur dan selamat berpuasa
dan selamat berbuka dan selamat berterawih

moshi moshi



unstoppable thought by umi kokmie at 5:16 PM 1 cicak komeng
Subscribe to: Posts (Atom)
Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
YUMIE CAKAPit's time to change.okbai~
budak comot comel

tinjauan ke-

kelip-kelip

Quotes

my gonjeng-gonjeng

my gonjeng-gonjeng
  • naddy's
    √Apex Learning English 11 Books To Read ⭐⭐⭐⭐⭐
    3 years ago
  • fatin s0lihah :)
    Homestay Puncak Alam
    6 years ago
  • living with a shadow
    MENYESAL ATAU GEMBIRA??
    12 years ago

Followers

awesome

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
  • FaizalFredley.com
    Story of Side Dish and The Dancing Aurora
  • Syazwani Atan.blogspot
    ©1999 Club Car Carryall 2 Wiring Diagram ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • Firdaus Life
    Pakej Internet Unifi Home Fibre
  • fatin s0lihah :)
    Homestay Puncak Alam
  • izyan karim
    Cara Obat Forex Herbal Asli Alat Vital Penis
  • Elia : Short & Sweet
    Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
  • Zahiril Adzim
    tak faham
  • MULUT BERGERAK
    dghndgh
  • Belog Sempot
    6 Gunung yang wajib didaki di Korea dengan permandangan yang menakjubkan
  • lyssa's
    Papa (2016)
  • Fyza Ieza Barney:)
    Last Letter
  • Something Inside
    Community Of Mutual Aid
  • blog budak kuat perasan
    Kembali Setelah 2 Tahun Menghilangkan Diri
  • living with a shadow
    MENYESAL ATAU GEMBIRA??
  • She is just A Girl :)
    selamat hari raya
  • Kesah Pelik @.@
    kasut baru
  • me. mine. life.
    O F F
  • Aysha Rosman
  • faiz lah :)
    oh manusia,,
  • anak pakcik LATIF :)
    how to become dean list ?
  • piecesofathirah'slife
  • unpredictable words
    feel free to read! hahahaa
  • DANCING QUEEN'S BLOG
  • kotak hati
  • nidhot's
  • Belog Kosong.
  • .haru.haru.
  • doraemonterbang!!!
  • ♥♥♥BeLog Si Pinkyz Ladies♥♥♥
  • THRHSHMSL
  • live life & love
  • cerita sabrina alhambra
  • .Unspoken Freak.
  • Tika Manusia Alpa
  • FRHZATYMOHD
  • celoteh saya si selek;)
  • my kekotakhati
  • amir huzaifah
  • All About Life
Show 5 Show All

POSTO POSTO

  • ►  2012 (1)
    • February (1)
  • ▼  2011 (84)
    • December (9)
    • November (5)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (11)
    • July (14)
    • June (11)
    • May (16)
    • April (3)
    • March (4)
    • February (1)
    • January (7)
  • ►  2010 (36)
    • December (1)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (3)
    • May (10)
    • April (10)
    • March (7)
    • February (1)
  • ►  2009 (20)
    • December (4)
    • October (2)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (2)
    • May (5)
    • March (2)
  • ►  2008 (15)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (1)
    • September (1)
    • August (7)

ShoutMix chat widget
CLOSE

by WAN HAZEL
PUSH
 
Powered by kokmie juga. Powered by Blogger.